ASSALAMUALIKUM WBT
![]() |
| Puteri raja Saudi Puteri Fatimah Kulsum ..antara wanita tercantik di dunia. |
Aurat lelaki yang WAJIB ditutup ialah antara pusat dan lutut. Aurat seorang wanita pula ialah seluruh tubuh badannya KECUALI muka dan tapak tangan.
Pada zaman sekarang ramai wanita muslimah tidak menutup aurat. Hakikatnya budaya membuka aurat ini adalah pengaruh barat yang amat bahaya. Ia adalah antara punca kepada banyak berlakunya gejala sosial yang tidak terbendung sekarang. Sudah ramai anak2 orang Islam yang terpengaruh dengan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam ini. Hatta ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahaya bahawa menutup aurat ini budaya kolot, mundur, tidak bertamadun dan kuno semata2 mahu mengagungkan budaya barat. Kenyataan ini boleh membawa kepada murtad. Kalaulah ukuran kurangnya kain dikatakan bertamadun seperti anggapan mereka sudah pasti beruk dan kera lebih bertamadun .. kerana mereka tak pakai baju langsung. Bahkan lembu dan kerbau lebih bertamadun kerana 24 jam bertelanjang bulat.
Hakikatnya dengan menutup aurat jiwa seseorang wanita menjadi lebih tenang, selamat dan terpelihara. Seseorang wanita yang mengagungkan kecantikan dan keglamoran semata2, hakikatnya memiliki jiwa yang tidak tenteram, kacau bilau dan mudah diserang penyakit kemurungan. Kalau tak percaya cuba rujuk cerita artis2 yang selalu pakai seksi2 dan yang membuka aurat itu. Keseronokan mereka hanya kosmetik sahaja. Seumpama 'mekap2' yang mereka pakai. Apabila 'mekap' dibuka maka banyak cela akan tersingkap. Keseronokan mereka hanya sekejap sahaja.Selepas itu jiwa mereka menjadi kacau, tak tenang, dan mudah kemurungan. Hidup sentiasa dalam masalah yang tidak berkesudahan samada semasa masih bujang mahupun selepas berkahwin. Itulah jadinya apabila iman dan Islam tiada dalam kamus kehidupan. Mengamalkan ajaran Islam tiada dalam agenda hidup mereka.
Video berikut jelas menunjukkan bahawa MEMBUKA AURAT mengundang mata keranjang menjalar di tubuh badan wanita.. hatta puteri raja pun kena intai buah dadanya JIKA TIDAK MENUTUP AURAT.
Buah dada Puteri Denmark diintai oleh suami Perdana Menteri Finland dalam satu acara.
Inilah antara sebab Islam memerintah umat menutup aurat ... puteri raja pun tak terlepas dari diintai jika tidak menutup aurat.


































